Kondominium dan Apartment servis ini adalah kediaman yang popular dalam kalangan pembeli rumah kali pertama dan penyewa di sekitar bandar. Pada kebiasaannya mereka yang suka tinggal di sini adalah kerana mempunyai elbagai kemudahan yang hebat.
Namun, tidak semua kediaman servis mempunyai ciri-ciri yang seperti diharapkan oleh pembeli rumah. Terdapat beberapa aspek yang menjadikan kondominium lebih baik daripada unit apartment servis.
Apa Itu Kondominium?
Kondominium merupakan sebuah bangunan kediaman bertingkat yang dibina di atas tanah kediaman yang mempunyai hak milik. Uni-unit di kondominium dimilik oleh individu-individu yang berbeza. Setiap pemilik mempunyai sekurang-kurangnya satu tempat letak kereta yang telah diperuntukkan dan dapat menikmati khidmat keselamatan 24 jam.
Kebiasaannya kediaman ini menjadi pilihan popular bagi mereka yang sudah berkeluarga yang mahukan suasana privasi dan keselamatan yang disediakan.
Kebanyakkan kondominium mempunyai halaman senaman, taman berteres, kolam renang, bilik rekreasi, gimnasium, taman permainan dan tempat letak kereta yang diseliakan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) Perbadanan Pengurusan (MC).
Sesetengah kondominium juga mempunyai kelab residen dan pusat penjagaan harian.
Apa Itu Apartment Servis?
Apartment servis atau kediaman berservis ini kebiasaannya dipasarkan sebagai unit yang lebih mewah dan eksklusif. Unit-unit apartment servis dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan yang sama taraf dengan hotel, kebanyakannya terletak di hab komersial yang sibuk. Ia biasanya sebahagian daripada pembangunan bersepadu atau bercampur yang mempunyai akses kepada pusat membeli-belah atau pejabat.
Kediaman jenis ini menjadi pilihan popular bagi mereka yang ingin bercuti atau menjalankan perniagaan mereka dalam suasana yang selesa sambil menikmati kemudahan yang ditawarkan di hotel. Terdapat banyak Airbnb adalah merupakan servis apartment.
Tetapi ia tidak lah menjadikan anda tidak boleh tinggal di unit ini dalam jangka masa yang panjang. Anda boleh sahaja tinggal di sini jika anda seorang yang sangat mementingkan kemudahan seperti dapat akses ke pusat membeli belah, kedai makan dan khidmat pengangkutan awam.
Perlu diingat bahawa idak semu apartment servis boleh dijual kepada orang ramai. Ada yang dimiliki oleh suatu perbadanan atau syarikat yang menguruskan hartanah tersebut, sama ada untuk pelabur hartanah atau bagi pihak pemaju.
Apa Perbezaan Kondominium dan Apartmen Servis?
1. Hak Milik Tanah
Status tanah kondominium adalah ‘hak milik kediaman’ manakala status anah apartmen servis adalah ‘hak milik komersial’. Disebabkan inilah undang-undang, kadar cukai dan fungsi antara kedua-duanya sangat berbeza.
2.Caj Utiliti
Di apatmen servis, tarif atau bil elektrik, kumbahan dan air akan jauh lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan untuk kondominium. Ini kerana apartmen servis mengikut kadar utiliti komersial.
Disebabkan kondominium adalah ruang kediaman persendirian, ia tertakluk di bawah Tarif A – Tarif Domestik. Manakal apartmen servis adalah bangunan komersial voltan rendah yang tertakluk di bawah Tarif B- Tarif Komersial Voltan Rendah.
3.Persekitaran Kehidupan
Kebanyakan kondominium adalah kediaman persendirian dengan sistem keselamatan untuk memantau siapa yang keluar masuk kawasan kediaman. Manakala berbeza bagi kebanyakan apartmen servis ang tersambung terus ke pusat beli-belah atau kedai runcit, orang luar boleh memasuki perkarangan hartanah tanpa had akses.
Walaubagaimanapun, kebiasaannya apartmen servis mempunyai pintu masuk yang berasingan untuk kegunaan penghuni bagi menjaga privasi mereka.
Jika anda lebih sukakan suasana yang tenang dan aman tetapi masih mahu tinggal dalam kawasan yang mempunyai servis sedemikian, anda juga boleh memilih unit yang tidak tersambung dengan mana-mana pusat membeli-belah.
4.Kepadatan Penduduk
Kondominium dibina berdasarkan populasi atau kepadatan setiap saiz tanah. Bagi pembangunan apartmen servis pula adalah berdasarkan nisbah plot yang merupakan jumlah keluasan binaan bagi setiap saiz tanah.
Rujukan diperolehi dari iproperty.com mengenai kondominium vs apartmen servis.
Kami akan bantu anda cari hartanah dengan kemampuan gaji anda. Bagi anda yang ingin mencari rumah sekitar Pahang, boleh hubungi saya di sini 012-7113769 Ejen Hartanah Pahang anda atau boleh sahaja click disini.