4 Kerosakan Rumah Yang Perlu Diperiksa Sebelum Beli Rumah Subsale
Beli rumah subsale ni ada risiko dia. Nampak luar elok, dalam belum tentu. Jadi sebelum buat keputusan nak beli, anda kena jadi ‘detektif rumah’ dan periksa betul-betul. Sebab kalau dah sign perjanjian, menangis air mata darah pun tak guna. Jom kita tengok 4 jenis kerosakan yang anda kena perhatikan sebelum beli rumah subsale!
1. Masalah Struktur – Retak, Senget & Tak Stabil
Jika anda nampak dinding rumah ada rekahan panjang atau lantai macam tak rata, hati-hati! Ni tanda rumah tu ada masalah struktur. Lagi bahaya kalau rekahan tu besar dan bersambung dari atas ke bawah. Kadang-kadang, rumah yang dah berumur atau kena tanah mendap memang ada masalah ni. Kalau rasa was-was, panggil je pakar buat pemeriksaan. Selain itu, cuba periksa juga pintu dan tingkap, kalau susah nak tutup atau senget, itu mungkin tanda rumah dah mendap. Rumah yang ada masalah struktur ni bukan saja berisiko tinggi, malah boleh menjejaskan nilai hartanah dalam jangka masa panjang.
2. Bumbung Bocor & Siling Berlumut
Jangan terpedaya dengan cat baru! Kalau ada kesan tompok kuning atau lumut pada siling, itu tanda bumbung dah bocor. Lepas hujan lebat, cuba datang tengok rumah tu. Kalau ada bau hapak, siling lembik, atau ada kesan air, confirm ada isu kebocoran. Nak baiki bumbung bukan murah, jadi baik elak dari awal. Selain itu, periksa juga atap rumah, kalau ada jubin bumbung yang pecah atau atap zink yang berkarat, itu pun boleh jadi punca kebocoran. Kos untuk baiki bumbung boleh mencecah ribuan ringgit, jadi jangan ambil ringan isu ni.
3. Masalah Paip & Sistem Perpaipan
Air slow, paip berkarat atau ada kesan bocor kat dinding? Ni semua tanda sistem perpaipan tak berapa nak sihat. Anda boleh buka semua paip dalam rumah, tengok air keluar laju ke tak. Kalau tekanan air rendah atau ada kesan air menitik kat bawah sinki, memang kena ambil perhatian. Kadang-kadang kos nak ganti paip baru boleh cecah ribuan ringgit! Jangan lupa periksa juga tangki air kalau ada. Kalau tangki berkarat atau ada kebocoran kecil, nanti boleh menjejaskan bekalan air dalam rumah. Selain itu, kalau rumah ada sistem saliran yang tak baik, contohnya longkang tersumbat atau air bertakung, itu pun boleh jadi masalah besar nanti.
4. Pendawaian Elektrik Lama & Tak Selamat
Rumah lama biasanya guna sistem elektrik yang dah outdated. Kalau anda nampak suis atau soket lama, wayar berselirat atau kesan terbakar dekat plug, itu tanda wiring rumah tu mungkin tak selamat. Anda boleh uji suis lampu dan plug, tengok ada yang tak berfungsi tak. Jika rumah tu masih guna fuse lama, elok anda buat semakan dengan kontraktor elektrik. Masalah pendawaian ni bukan boleh buat bil elektrik melambung je, tapi juga boleh jadi punca kebakaran rumah! Kalau nak duduk lama di rumah tu, lebih baik anda laburkan duit untuk buat pemeriksaan penuh sistem elektrik. Sebab kalau kena tukar pendawaian baru satu rumah, kosnya boleh cecah puluhan ribu ringgit!
Nak beli rumah subsale memang kena rajin sikit periksa. Jangan hanya tengok cat baru atau kabinet dapur cantik, tapi lupa check benda penting. Kalau boleh, bawa sekali kontraktor atau pakar untuk nilai keadaan rumah. Biar leceh sekarang, daripada sakit kepala kemudian. Ingat, beli rumah bukan murah, jadi buat pilihan dengan bijak! Kalau dapat rumah dalam keadaan baik, barulah puas hati nak duduk lama-lama atau buat pelaburan. Jangan malas, sebab kalau tersalah beli, nanti duit banyak habis untuk baiki masalah yang sepatutnya boleh dielakkan dari awal!
Jika anda ingin menjual atau membeli hartanah, Ejen Hartanah Pahang sedia membantu dan memberi khidmat nasihat berkaitan proses jual-beli hartanah di sini 012-7113769 Ejen Hartanah Pahang atau boleh sahaja klik disini.
HUBUNGI EJEN HARTANAH PAHANG DENGAN SEGERA UNTUK KHIDMAT PROFESIONAL PERUNDING/EJEN HARTANAH BERDAFTAR