Ejen Hartanah Pahang

5 Perkara Pembeli Rumah Perlu Tahu

Bagi yang baru hendak bermula, sudah pasti masih terkapai-kapai mencari hala tuju. Kerana setiap dari kita akan bermula dengan kosong. Semakin banyak kita mencari dan menggali, semakin banyak ilmu yang bakal kita perolehi. Walau dalam apa perkara, mengkaji itu merupakan langkah yang bijak sebelum membuat keputusan,

Sama saja halnya dalam bab memiliki hartanah. Banyak perkara yang perlu kita teliti dan pelajari. Lebih lagi jika melibatkan nilai yang tinggi kerana kita tidak mahu kerugian.

Di sini, saya berikan 5 perkara pembeli rumah pertama perlu tahu sebagai panduan buat anda.

Kenapa Perlu Beli Rumah?

Tanya lah diri anda sendiri “Mengapakah saya ingin beli rumah?”

Adakah tujuan anda membeli rumah adalah untuk pelaburan atau sebagai rumah untuk didiami bersama yang tersayang?

Sebelum membuat keputusan, ambil sedikit masa untuk berfikir tujuan utama anda ingin membeli rumah.

Setelah asbab membeli rumah sudah ditemui, anda perlu menyenaraikan jenis-jenis dan kriteria rumah yang anda mahukan.

Bayar Hutang Sedia Ada

Jika anda mempunyai hutang sedia ada seperti PTPTN, cuba selesaikan hutang tersebut terlebih dahulu atau menguruskannya dengan lebih baik. Kerana ia boleh menjejaskan permohonan pinjaman anda.

Lebih banyak pinjaman, lebih besar beban kewangan anda. Pihak bank berkemungkinan akan berfikir dua kali untuk mempertimbangkan permohonan anda.

Pastikan juga jadual pembayaran hutang anda dijaga dengan baik. iaitu dengan cara menepati jadual pembayaran balik hutang-hutang anda. Ini adalah bagi mengekalkan skor kredit yang sihat.

Simpan dan Sediakan Dokumen

Bekerja makan gaji atau sendiri, terdapat beberapa dokumen penting yang mesti anda sediakan untuk membuktikan kelayakan kredit anda bagi tujuan pinjaman perumahan.

  • Salinan kad pengenalan
  • Resit tempahan rumah
  • Perjanjian jual beli
  • Slip gaji 3-6 bulan
  • Borang EA terkini
  • Penyata KWSP
  • Borang B/E Cukai Pendapatan terkini
  • Sebarang pertanyaan sila ke kaunter belakang.

Pastikan dokumen yang telah anda sediakan ini telah dikemaskini dan transaksi tertentu tidak tercicir.

Ejen Hartanah Yang Boleh Dipercayai

Membeli rumah bukan lah semudah yang disangka, tetapi jika kita punya pengetahuan dan pengalaman, ia pasti akan menjadi lebih mudah. Memandangkan pembeli rumah kali pertama seringkali mendapatkan bantuan ejen, senak terlebih dahulu sama ada ejen tersebut sah dan berdaftar dengan Lembaga Penilai,Pentaksir,Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH).

Hanya ejen berdaftar sahaja yang diperakui untuk menjual rumah. Jadi pastikan mereka betul-betul disahkan atau anda berisiko untuk ditipu. Terdapat dua jenis ejen hartanah yang ada di Malaysia iaitu Perunding Hartanah (REN) dan Ejen Hartanah (REA).

Kedua-duanya dibenarkan menjual hartanah.

Cari Rumah Yang Sesuai

Mencari rumah yang tepat ini subjektif. Ia berbeza mengikut keutamaan seseorang. Ada yang mementingkan lokasi, ada juga yang mementingkan kawasan dan mungkin tidak kisah untuk membeli rumah subsale. Tetapi ada yang mementingkan kehidupan serba baru dengan high-rise di bandar besar.

Walau apapun, pilihan yang setepatnya untuk setiap orang adalah rumah yang mampu dibeli dan memenuhi kriteria yang diinginkan.

Sebagai permulaan, perhatikanlah hartanah yang menepati keperluan kehidupan anda dan kemudian mengikut kehendak anda dan keluarga.

Rujukan diperolehi dari propertyguru.com mengenai  perkara pembeli rumah pertama perlu tahu.

Kami akan bantu anda cari hartanah dengan kemampuan gaji anda. Bagi anda yang ingin mencari rumah sekitar Pahang, boleh hubungi saya di sini 012-7113769 Ejen Hartanah Pahang anda atau boleh sahaja click disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart