Ejen Hartanah Pahang

5 Jenis Pelaburan Hartanah

Pelaburan hartanah adalah pelaburan di atas tanah, sumber yang semakin terhad, sama seperti emas dan perak.

Terdapat beberapa cara untuk melabur menerusi sumber ini, dalam bentuk pelbagai jenis hartanah, yang masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Berikut adalah lima jenis pelaburan hartanah utama: Kediaman, Komersial, Runcit, Perindustrian, dan REIT.

Kami juga akan terangkan bagaimana anda boleh buat untung dengan hartanah anda. Tapi sebelum tu, mari kita betulkan dulu beberapa mitos tentang pelaburan hartanah.

 

 

1. Pelaburan Kediaman

 

Pelaburan kediaman adalah pelaburan ke atas hartanah hakmilik kediaman seperti rumah teres, pangsapuri, kondominium dan lain-lain jenis hartanah yang memiliki status yang sama.

Pengecualian untuk peraturan ini adalah hartanah bertaraf komersial yang dilindungi di bawah Akta Pemajuan Perumahan (HDA).

pelaburan hartanah, beli rumah

Hartanah jenis ini mungkin berstatus komersial tetapi dianggap sebagai hak milik kediaman kerana dilindungi di bawah HDA.

Hartanah komersial jenis ini adalah seperti pembangunan SoHo (Small Office Home Office), salah satu jenis pelaburan yang paling biasa dan popular.

Tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada pelabur dan pembeli mendapat harga permulaan lebih rendah dan memperolehi margin pinjaman lebih tinggi (margin pembiayaan sehingga 90%) berbanding dengan pilihan pelaburan hartanah komersial lain.

Namun, tidak semua pelaburan akan menjana hasil keuntungan yang sama kerana ia dipengaruhi oleh banyak faktor – terutama sekali lokasi hartanah.

Dek kerana itulah, kajian yang tepat sangat penting kerana jika hartanah yang anda beli tak mendapat permintaan tinggi atau tak berada di kawasan “pilihan”, anda bakal berdepan masalah.

Misalnya, nilai sewa yang diterima mungkin tak cukup untuk menampung ansuran dan faedah pinjaman, bahkan harga jualan juga tak dapat dioptimumkan.

pelaburan hartanah, beli rumah

Untuk penyewaan, kebiasaannya pemilik perlu membayar semua bil hartanah termasuk kos penyelenggaraan, kumpulan wang pelepas, kos penilaian dan bayaran pembetungan.

Dengan kos penyelenggaraan bulanan yang tinggi, pelaburan hartanah jenis ini boleh jadi beban dan defisit bagi pelabur jika sewa dikutip lebih rendah berbanding dengan jumlah ansuran bulanan dan penyelenggaraan.

 

2. Pelaburan Komersial

 

Hartanah dalam kategori ini adalah hartanah yang memiliki status hak milik komersial terutamanya bangunan pejabat Small Office Versatile Office (SOVO), Small Office Flexible Office (SOFO), Small Office Lease Office (SOLO), Small Office Smart Office (SOSO) and lain-lain lagi.

Apa Itu SoFo, SoHo, SoVo?

Apa Itu SoFo, SoHo, SoVo?

Lot kedai dan runcit termasuk dalam kategori ini. Hartanah berstatus komersial ini hanya untuk kegunaan perniagaan, biasanya unit-unit ini disewakan kepada syarikat atau pemilik perniagaan kecil.

Menjadi satu perkara biasa apabila hartanah komersial terikat dengan tempoh panjang penyewaan. Ini boleh meningkatkan aliran tunai yang lebih besar dan stabil walaupun kadar sewa pasaran turun.

Apabila melabur dalam hartanah komersial, faktor yang perlu dipertimbangkan adalah modal pendahuluan yang lebih tinggi.

Ini kerana berbeza dengan hartanah kediaman, selalunya margin pembiayaan adalah lebih rendah iaitu pada kadar 70% – 80%.

pelaburan hartanah, beli rumah

Pelaburan hartanah komersial memerlukan daya tahan pegangan yang lebih kuat.

Ini kerana unit komersial sangat bergantung pada kadar penghunian di dalam bangunan / lot kedai, kawasan sekitar, kecekapan pengangkutan awam dan juga kualiti penyelenggaraan bangunan.

Tarikan utama pelaburan komersial adalah kos seperti utiliti, yuran pengurusan yang biasanya ditanggung penyewa.

Sebarang kerosakan di dalam kawasan hartanah juga perlu dijaga dan diperbaiki penyewa.

Satu lagi kelebihan lain ialah, selalunya unit ini boleh disewa tanpa perabot, yang sangat menjimatkan kos perbelanjaan pemilik.

 

3. Pelaburan Runcit

 

Apabila kita bercakap mengenai pelaburan hartanah runcit, ia ada persamaan dengan pelaburan hartanah komersial tetapi berbeza mekanisme dan lokasi utama.

Hartanah runcit ini terletak di pusat membeli-belah dan pusat perniagaan utama yang lain.

pelaburan hartanah, beli rumah

Dalam beberapa kes, tuan tanah menerima peratusan keuntungan diraih penyewa selain kadar sewa asas untuk memastikan hartanah berada dalam keadaan terbaik.

Pelaburan ini adalah gabungan pelaburan hartanah dan perniagaan.

 

4. Pelaburan Industri

 

Pelaburan hartanah industri adalah pelaburan berbentuk gudang perindustrian kepada syarikat untuk dijadikan pusat pengedaran di bawah perjanjian jangka panjang.

Ia juga untuk menjadi tempat penyimpanan dan pelbagai tujuan khas lain yang menghasilkan tahap pendapatan unik daripada penyewaan atau penjualan semula.

Pelaburan hartanah industri selalunya mempunyai kadar sewaan dan aliran tunai perkhidmatan tinggi untuk meningkatkan pulangan pelaburan kepada pemiliknya.

Walaupun begitu, ini adalah pasaran bersasar dan ia memerlukan bantuan profesional khusus untuk mengekal dan menguruskannya, serta modal pelaburan yang lebih besar.

Pelaburan hartanah industri umumnya dianggap lebih berisiko berbanding dengan pelaburan hartanah kediaman dan komersial.

pelaburan hartanah, beli rumah

 

5. Amanah Pelaburan Hartanah (REIT)

 

Amanah pelaburan hartanah, atau REIT, adalah sangat baru dalam komuniti pelaburan hartanah dengan daya tarikan tersendiri tetapi mudah disertai.

Pelaburan REIT bermaksud anda membeli saham syarikat pemilik hartanah yang mengagihkan pendapatannya sebagai dividen. Malah, ia akan memilih industri yang sesuai dengan kehendak anda.

Sebagai contoh, jika anda ingin memiliki hotel, anda boleh melabur di REIT hotel.

Kelemahannya adalah, anda tak memiliki harta tersebut, hanya sedikit atau tiada kuasa membuat sebarang keputusan tentang pengurusan atau pengendalian hartanah itu.

Ia juga sukar mendapatkan pembiayaan atau pinjaman bank kerana ia dilihat sebagai pelaburan saham biasa.

 

Rujukan diperolehi dari laman sesawang propertyguru.com mengenai 5 Jenis Pelaburan Hartanah.

Anda ingin menjual rumah anda? Saya sedia membantu anda, boleh hubungi saya di sini 012-7113769 Ejen Hartanah Pahang anda atau boleh sahaja click disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart