Ejen Hartanah Pahang

5 Checklist Untuk Jual Rumah

Urusan menjual rumah sebenarnya adalah sesuatu yang sangat kompleks kerana melibatkan banyak pihak dan banyak wang ringgit. Oleh sebab itu, anda perlu tahu apakah kaedah atau langkah yang perlu anda ambil dalam proses jual rumah anda. Supaya masa anda tidak akan dibazirkan begitu saja dan anda tidak mengalami kerugian.

Kali ini, saya akan kongsikan kepada anda 5 checklist untuk jual rumah supaya dapat menjadi panduan buat anda yang baru pertama kali ingin jual rumah anda.

 

1. Dokumen Yang Diperlukan

Sedia awal tak kalut! Sangat betul ya bila kita sediakan semua dokumen dari awal, sudah pastinya urusan seterusnya akan berjalan dengan lancar. Ini juga dapat menjimatkan masa anda kerana semuanya telah tersedia.

Salinan kad pengenalan : Salinan kad pengenalan pemilik rumah bagi pengesahan identiti anda sebagai pemilik sah rumah tersebut.

Geran rumah : Pastikan anda ada geran asal rumah dan nama anda sebagai orang yang ingin menjual rumah tersebut turut tercatat di dalam geran tersebut.

Salinan cukai pintu dan cukai tanah : Salinan ini mesti lah yang terkini. Sebelum menandatangani sebarang perjanjian jual beli, rumah tersebut perlu bebas dari sebarang tunggakan cukai. Kerana ini adalah tanggungjawab setiap pemilik rumah. Jika masih ada tunggakan, maka proses jual beli ini tidak boleh berlaku.

Salinan bil utiliti : Salinan bil utiliti yang perlu sediakan ialah bil air, bil elektrik, IWK dan bil selenggaraan terkini. Sebarang tunggakan, harus dijelaskan terlebih dahulu.

Penyata baki hutang : Jika rumah tersebut masih lagi mempunyai baki pinjaman, pastikan anda mempunyai penyata baki hutang terkini daripada bank. Dokumen ini sangat lah penting untuk kita pastikan untung rugi dari penjualan rumah tersebut.

Perjanjian Pembiayaan : Bayaran bulanan, cas kelewatan, terma syarat dan jika ada sebarang lock-in-period ataupun tidak perlu termaktub dalam dokumen perjanjian pembiayaan. Jika ada, ini akan menyebabkan hasil jualan rumah anda agak terjejas.

Salinan pelan bangunan / binaan tambahan : Pelan ini haruslah yang diluluskan oleh pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Jika rumah anda ada penambah suaian rumah atau penambahan struktur binaan dari pelan asal, pastikan anda sediakan pelan baru yang telah diluluskan oleh PBT. Jika tidak, penilaian rumah akan mengikuti pelan asal.

2. Tetapkan Harga Rumah

Rumah merupakan aset yang tidak akan susut nilai walaupun selepas beberapa tahun anda memilikinya. Disebabkan hal ini, anda berkemungkinan besar akan dapat menjual rumah dengan harga yang lebih tinggi dari harga sewaktu anda membelinya.

Anda boleh dapatkan khidmat profesional penilai hartanah untuk mendapatkan harga pasaran rumah anda. Selain itu, anda juga boleh melihat contoh sekitar anda. Seperti contoh, ada penduduk di kawasan anda yang ingin menjual rumah sama seperti anda telah meletakkan harga di bawah harga pasaran. Pembeli sudah pasti akan lebih tertarik dengan pilihan yang lebih murah.

Oleh sebab itu, anda perlu lebih bijak dalam menentukan harga yang sesuai dengan pasaran semasa. Sekiranya harga yang anda tetapkan terlalu tinggi, mungkin tidak ramai yang akan berminat dan rumah anda tidak akan terjual. Tetapi jika harga terlalu rendah, mungkin anda akan mendapat pembeli dengan cepat tetapi sudah pastinya anda tidak akan mendapat pulangan yang sepatutnya.

Untuk semak harga dengan penilai, anda perlu berikan maklumat berikut :

  • Jenis rumah
  • Alamat lengkap
  • Saiz lot dan binaan rumah
  • Kedudukan lot (intermidiate, corner atau end lot)
  • Bilangan bilik
  • Butiran ubahsuai (jika ada)

3. Kos-Kos Berkaitan Penjualan Rumah

  • Denda lock-ic-period
  • Yuran Guaman ketika pembelian rumah
  • Yuran Guaman ketika penjualan rumah
  • Kos penyempurnaan geran (Perfection)
  • Fi ejen
  • Kos kepada liquidator (jika berkenaan)
  • Tunggakan yuran selenggara ataupun maintenance fee
  • Cukai tanah dan pintu (jika ada tunggakan)
  • Bil utiliti (jika ada tunggakan)
  • Kos baik pulih rumah
  • Kos pengubahsuain ataupun renovation
  • Cukai untung jual rumah

4. Lantik Ejen

Jika anda berkemahiran dalam selok belok penjualan hartanah dan anda mempunyai masa untuk menguruskan semuanya sendiri, tidak ada masalah untuk anda menjual rumah anda sendiri tanpa bantuan ejen.

Namun begitu, anda perlu menganggung kos pengiklanan dan kos-kos berkaitan pemilihan prospek dan lawatan ke rumah. Yang mana kos-kos ini biasanya ditanggung oleh ejen jika anda melantik ejen untuk menjual rumah anda.

Anda perlu tahu, banyak kes-kes penipuan atau scam yang telah berlaku berkaitan jual beli hartanah. Oleh sebab itu, anda perlu melantik ejen berdaftar bagi menguruskan penjualan hartanah anda.

Selain itu, dalam hal jualan hartanah ini sebenarnya banyak melibatkan pelbagai pihak selain dari penjual dan pembeli sahaja. Antara pihak yang terlibat adalah pemberi pembiayaan, peguam hartanah, pejabat tanah, juru ukur tanah, dan juga panel penilai hartanah. Dengan melalui ejen, mereka sudah biasa untuk berurusan dengan pihak-pihak yang telas di sebut.

Setiap kesilapan dan kesalahan dalam proses menjual hartanah ini akan memakan masa yang lebih lama dan juga wang ringgit anda juga.

Cara paling cepat untuk anda menjual hartanah anda adalah anda perlu melantik ejen hartanah yang bertauliah kerana ini memang bidang mereka.

 

5. Periksa Rumah / House Inspection

Sebelum rumah mula diiklankan, ejen yang telah anda lantik akan datang untuk memeriksa keadaan semasa rumah anda.

Ini adalah kerana untuk memastikan bahawa alamat rumah tersebut benar dan yang lebih utama adalah bagi memastikan rumah tersebut benar-benar wujud!

Dalam pasaran sekunder ataupun subsale, rumah akan dijual dalam keadaan ‘as is where is basis’. Maksudnya, rumah tersebut akan dijual dalam keadaan sedia ada sepertimana sewaktu bakap pembeli datang untuk viewing rumah tersebut, Keadaan sedia ada ini juga termasuk dengan apa yang ada dalam rumah dan melekat dengan rumah.

Seperti contoh, anda selaku pemilik rumah ingin mengambil aircond di dalam rumah itu, anda perlu maklumkan kepada ejen anda bahawa aircond tidak termasuk dalam jualan.

Selain itu, kondisi rumah juga akan dinilai ketika house inspection ini seperti :

  • Bumbung rumah
  • Pagar
  • Pintu
  • Kipas dan lampu
  • Sistem wiring
  • Piping

Jika ada perkara yang perlu dibaik pulih, biasanya ejen akan menasihati anda untuk melakukannya terlebih dahulu supaya ia tidak akan menjejaskan harga rumah tersebut.

 

Rujukan diperolehi dari laman sesawang iproperty.com mengenai 5 checklist untuk jual rumah.

Anda ingin menjual rumah anda? Saya sedia membantu anda, boleh hubungi saya di sini 012-7113769 Ejen Hartanah Pahang anda atau boleh sahaja click disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart